LETIH DAN SANGAT MELETIHKAN

Salam semua….

Dah terlalu lama tak update blog ni. Terlalu sibuk dengan rutin harian… rutin sebagai seorang isteri… mama… anak… kawan… dan sebagai seorang pekerja…

Seperti biasa… hari2 yang dilalui hampir sama sahaja pada setiap hari… rutin harian silih datang berganti setiap hari.. bermula dari membuka mata pada waktu pagi dan berakhir ketika melelapkan mata pada malam hari… rutin harian yang kulalui tidak jauh bezanya… Hanya dalam sebulan ni… kurasakan rutin harian ku telah diganggu gugat oleh masa dan keadaan. Rutin yang kulalui sebelum ini telah bertukar walaupun tidak sepenuhnya… hampir separuh daripada rutin tersebut telah terganggu.. Terganggu kerana beberapa perkara yang membelenggu kotak pemikiranku pada masa ini…

Tapi… aku sentiasa bersyukur dengan Yang Maha Esa kerana masih memberikan peluang untukku memperbetulkan semula rutin tersebut seperti sedia kala.

Keluargaku adalah segala-galanya buatku… Aku masih ada seorang yang dinamakan suami untukku bergantung harap… aku masih mempunyai anak2 untuk bermanja… aku masih mempunyai pembantu (bibik) yg sentiasa membantu keperluan keluargaku.. dan aku masih mempunyai mak, abah dan adik beradik untuk menyokongku dari jauh…

My loving husband who always trust on me...

Kids & Bibik - always with me

I'm who I should be... no matter what..who..why..where..how.. I'm always who I am...

Alhamdulillah… Syukur yang tidak terkira dengan rahmatNya… Amin!!!!